Cetak

Soalan Lazim


SOALAN LAZIM

1 PENGURUSAN
2 PROMOSI KESIHATAN
3 KLINIK KESIHATAN
4 KAWALAN PENYAKIT BAWAAN VEKTOR

PENGURUSAN


(1) Apakah dokumen yang diperlukan untuk tujuan pengesahan lantikan?

Dokumen yang diperlukan untuk tujuan pengesahan lantikan adalah:
a) Surat setuju terima pelantikan (6A),
b) Surat akuan sumpah (6B),
c) Surat aku janji,
d) Surat akuan doktor,
e) Penyata perubahan (kewangan 8); dan
f) Sijil tapisan keselamatan bagi kumpulan jawatan yang disyaratkan.


(2) Bilakah saya boleh disahkan dalam perkhidmatan?

Seseorang pegawai awam layak untuk disahkan dalam perkhidmatan setelah:
a) Berjaya menjalani tempoh percubaan antara 1 hingga 3 tahun;
b) Hadir dengan jayanya kursus Induksi Umum dan Khusus;
c) Lulus peperiksaan perkhidmatan yang ditetapkan; dan
d) Mendapat sokongan atau diperakukan oleh Ketua Jabatan.


(3) Apakah jenis cuti kerana perkhidmatan yang layak dipohon oleh pegawai awam?

Tiga (3) jenis cuti kerana perkhidmatan adalah Cuti Rehat, Cuti Separuh Gaji dan Cuti Tanpa Gaji

<Kembali ke atas>


PROMOSI KESIHATAN


(1) Apakah prosedur dan syarat-syarat untuk memohon mengadakan aktiviti/program pemeriksaan kesihatan, pameran kesihatan dan ceramah kesihatan?

a) Anda perlu membuat surat permohonan rasmi kepada Pegawai Kesihatan Daerah Klang.

b) Tempoh membuat permohonan adalah sekurang-kurangnya 2 minggu dari tarikh program untuk kami membuat perancangan sumber manusia.

c) Pemeriksaan kesihatan hanya boleh diadakan pada Sabtu dan Ahad kerana kekurangan anggota.

d) Hanya akan diadakan di kawasan yang tertutup dan di atas lantai simen/kering (padang rumput adalah tidak sesuai). Ini kerana papan pameran akan rosak jika terdedah kepada air.

e) Segala tuntutan perjalanan adalah dibawah tanggungan PKD Klang namun begitu makan minum adalah di bawah tanggungan penganjur.

f) Jumlah anggota yang terlibat dalam pemeriksaan kesihatan adalah seramai 14 orang dan pameran kesihatan adalah seramai 2 orang.


(2) Apakah jenis-jenis pemeriksaan kesihatan yang disediakan oleh Pejabat Kesihatan Daerah Klang untuk komuniti?


Jenis-jenis pemeriksan kesihatan PERCUMA yang disediakan oleh Pejabat Kesihatan Daerah Klang adalah :

a) Ukur BMI

b) Pemeriksaan Tekanan Darah Tinggi

c) Pap Smear dan Pemeriksaan Payudara (penganjur perlu menyediakan bilik yang tertutup, bilik air dan katil)


Jenis-jenis pemeriksaan yang disediakan oleh Pejabat Kesihatan Daerah Klang yang melibatkan
BAYARAN adalah:

a) Pemeriksaan paras gula dalam darah

Permintaan yang tinggi oleh komuniti Daerah Klang dalam menganjurkan pemeriksaan kesihatan menyebabkan PKD Klang tidak dapat menanggung kos ini. Oleh itu, penganjur perlu menanggung kos sebanyak RM70.00 untuk 50 strip.

<Kembali ke atas>


KLINIK KESIHATAN


(1) Bagaimana caranya untuk mendapatkan rawatan pakar?

Pesakit perlu diperiksa oleh Pegawai perubatan di Klinik Kesihatan terlebih dahulu sebelum di rujuk kepada doktor pakar yang berkaitan.


(2) Apakah dokumen-dokumen yang perlu dibawa semasa mendapatkan rawatan atau kemasukan bagi pengecualian bayaran?

Kad kebajikan Masyarakat, Kad Pencen, surat sekolah, surat pengesahan (GL)


(3) Apakah yang dimaksudkan dengan kes-kes kecemasan bagi tujuan rawatan Jabatan Kecemasan?

Kes-kes kecemasan termasuk kes kemalangan (di jalan raya, tempat kerja/ domestik) serangan lelah, serangan jantung, pengsan, digigit ular, kebakaran, sawan, pendarahan kemaluan, keracunan makanan, sakit perut secara tiba-tiba dan amat kuat.

<Kembali ke atas>

KAWALAN PENYAKIT BAWAAN VEKTOR



(1) Bagaimanakah seseorang itu boleh dijangkiti Demam Denggi?

Seseorang boleh dijangkiti demam denggi apabila digigit oleh nyamuk Aedes yang membawa virus denggi (flavivirus).


(2) Dimanakah nyamuk Aedes membiak?

Nyamuk Aedes membiak di dalam air jernih yang bertakung.


(3) Bolehkah demam denggi dirawat?

Tidak ada rawatan yang khusus untuk penyakit demam denggi. Rawatan awal di klinik kesihatan atau hospital dapat mencegah komplikasi dan kematian akibat demam denggi.

<Kembali ke atas>