Cetak

Peringatan HFMD

Cegah Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD)

Baru-baru ini diumumkan Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut atau HFMD telah menular di kalangan kanak-kanak yang berumur di bawah likungan 7 tahun. Oleh itu, ibu bapa dinasihatkan mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengawaasi anak anda sentiasa dalam keadaan bersih dengan persekitarannya.

HMFD ialah jangkitan melalui sejenis virus dipanggil enterovirus, atau virus yang biasa terdapat di dalam usus. Contoh virus yang menjangkiti manusia ialah poliovirus, Coxsackie virus A dan B, echovirus dan enteroviruses 68-71.

HFMD boleh disebabkan oleh coxsackievirus A16, A5, A9, A10, B2, B5 and enterovirus 71. Coxsackievirus A16 (Cox A16) adalah penyebab paling biasa HFMD tetapi yang paling tidak bahaya.

Perkara yang perlu diberi perhatian sekiranya anak anda menghidap HFMD:-

. Demam Tinggi.
• Penat dan lemah.
• Tidak mahu makan dan kurang kencing.
• Bernafas kencang.
• Muntah-muntah.
• Nampak mengantuk, pening dan cepat marah dan menangis.
• Sawan