Cetak

Sejarah Perkhidmatan Kesihatan

Sejarah Penubuhan

Pejabat Kesihatan Daerah Klang dahulunya pernah dikenali sebagai Jabatan Kesihatan Pantai Klang terletak di Bandar Klang (tahun 1930-an). Pada tahun 1974 beralih ke kuarters kerajaan dengan operasi 7 Klinik Kesihatan dan 19 Klinik Kesihatan Komuniti. Diperbadankan Perkhidmatan Pesakit Luar di Hospital TAR Klang pada tahun 1997. Keluasan 62,678 hektar 2 Mukim : Klang / Kapar, 31 Kampung Tradisional, 4 Bagan/Kampung Baru, 10 Pulau dan 2 Pihak Berkuasa Tempatan Majlis Perbandaran Klang dan Majlis Bandaraya Shah Alam.

Ianya merupakan diantara daerah yang paling padat penduduknya di Negeri Selangor. Ini tidaklah menghairankan kerana Daerah Klang mempunyai ciri-ciri istimewa dari segi demografinya, dimana kedudukannya di Lembah Klang ditambah lagi dengan peningkatan kawasan perindustrian dan pembangunan fizikalnya yang begitu pesat. Pembukaan Pulau Indah sebagai kawasan perindustrian dan Pelabuha n yang baru me mbuka peluang pekerjaan serta menarik ramai lagi kemasukan penduduk daerah ini.

Ianya merupakan diantara daerah yang paling padat penduduknya di Negeri Selangor

Daerah Klang mempunyai 42 kemudahan kesihatan meliputi kemudahan kesihatan primer dan sekunder. Di daerah ini juga terdapat sebuah hospital iaitu Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang, hospital ini diketuai oleh Pengarah Hospital. Terdapat juga sebuah Pejabat Kesihatan pelabuhan bertempat di Pelabuhan Klang dan sebuah Pejabat Kesihatan Daerah Klang yang diketua oleh Pegawai Kesihatan Daerah Klang. Pegawai ini bertanggungjawab ke atas 9 buah Klinik Kesihatan dan 19 buah Klinik Desa.

Dengan adanya kemudahan perkhidmatan kesihatan yang banyak serta peningkatan taraf sosioekonomi yang pesat, secara umunya telah dapat membantu meningkatkan taraf kesihatan penduduk di daerah ini. Ini dapat dilihat daripada statistik kematian yang semakin menurun dan kejadian penyakit berjangkit yang semakin berkurangan.