Cetak

Pengenalan

Pejabat Kesihatan Daerah Klang dipertanggungjawabkan untuk melaksanaan Program Kesihatan untuk individu, keluarga dan masyarakat melalui kerjasama antara agensi kerajaan dan bukan kerajaan serta penglibatan masyarakat. Tanggungjawab ini dijalankan berlandaskan dasar kerajaan, arahan daripada pihak kementerian atau mengikut keperluan masyarakat untuk kesejahteraan bersama

Fungsi utama Pejabat Kesihatan Daerah Klang adalah untuk melaksanakan, memantau dan menilai pencapaian program dan aktiviti Kementerian Kesihatan dalam 5 aspek, iaitu :

  • Penyediaan perkhidmatan perubatan, kesihatan di klinik-klinik kesihatan dan klinik-klinik desa di bawahnya;
  • Pemantauan dan kawalan perkhidmatan kesihatan di sektor swasta;
  • Pencegahan dan kawalan penyakit
  • Perlindungan kesihatan masyarakat dan
  • Mempromosikan kesihatan masyarakat.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia telah menggariskan fungsi utama Program Kesihatan Awam seperti berikut:

Fungsi 1: Pemantauan Dan Analisis Situasi Kesihatan

  • Membuat penilaian kesihatan berkaitan dengan masalah kesihatan dalam komuniti dan kumpulan tertentu serta membuat semakan dan ulasan berkaitan dengan reten dan laporan berkala yang berkaitan.
  • Membuat analisa tren penyakit berdasarkan sosiodemografi dan faktor predisposisi.
  • Mengenalpasti masalah kesihatan serta membantu membuat rancangan bagi mengatasinya.
  • Terlibat dalam mengenalpasti sumber dan aset dalam komuniti atau sektor lain (kerajaan dan bukan kerajaan) untuk meningkatkan penglibatan komuniti dalam pencegahan dan pengawalan penyakit.
  • Menyedia dan menyebar maklumat di atas untuk kegunaan kakitangan atau orang awam menerusi pembelajaran berterusan (CME), laporan dan laman web.

Fungsi 2: Survelans epidemiologi, pencegahan dan pengawalan penyakit/masalah kesihatan awam

  • Menjalankan pengawasan/survelans epidemiologi penyakit berjangkit dan/atau tidak berjangkit. Berfungsi sebagai pakar perubatan kesihatan awam dalam menjalankan survelan epidemiologi penyakit berjangkit atau tidak berjangkit.
  • Pencarian kes, pencegahan dan pengawalan terhadap penyakit yang penting dalam kesihatan awam.
  • Menyiasat, membuat diagnosis serta merawat kes semasa wabak.
  • Menjalankan praktis klinikal dari segi nasihat, kaunseling dan pendidikan kesihatan mengenai kesihatan awam di klinik-klinik komuniti (klinik warga sihat, klinik berhenti merokok).
  • Mencadang/melaksana mekanisme untuk memperbaiki sistem survelans serta pencegahan dan pengawalan penyakit.

Fungsi 3: Pembangunan Polisi dan Perancangan Dalam Kesihatan Awam

  • Membantu membangun program atau projek yang merangkumi penggubalan dasar, perancangan dan pelaksanaan.
  • Membantu perancangan dan pengurusan sumber bagi membangun program/projek dalam kesihatan awam.
  • Membantu membangun strategi dan pelan untuk menyokong dan memelihara kesihatan awam.

Fungsi 4: Melaksanakan pengurusan strategik dalam sistem kesihatan

  • Mencadangkan pengenalan atau perluasan skop perkhidmatan/aktiviti.
  • Terlibat dalam usaha meningkatkan taraf kemudahan perkhidmatan kesihatan (peralatan, kepakaran, infrastruktur dll).
  • Memantau, menilai dan memberi input teknikal ke atas Program Kepastian Kualiti (QAP).
  • Bertindak secara kompeten dalam pengurusan bencana dan situasi kecemasan, jika ada.

Fungsi 5: Peraturan dan penguatkuasaan untuk memelihara kesihatan awam

  • Membantu dalam pelaksanaan dan penguatkuasaan undang-undang dan peraturan yang berkaitan.
  • Membuat promosi berkaitan pematuhan kepada undang-undang dan peraturan yang berkaitan.
  • Menyumbang input dalam kajian semula, mendraf atau mengemas-kini undang-undang dan peraturan yang berkaitan.
  • Memantau, menilai dan memberi maklumbalas tentang pencapaian undang-undang dan peraturan yang berkaitan.

Fungsi 6: Pembangunan dan perancangan sumber manusia dalam kesihatan awam

  • Menilai dan memantau keadaan semasa berkaitan sumber manusia berdasarkan kuantiti, kategori, kelayakan, kebolehan dan taburan kakitangan.
  • Mengenalpasti dan mengunjurkan keperluan tenaga kerja berdasarkan kuantiti dan kualiti.
  • Memastikan kakitangan memperolehi pengetahuan dan latihan yang mencukupi.
  • Merancang dan melaksana latihan dalam perkhidmatan (in-service training) bagi tenaga kesihatan awam serta menggalakkan pendidikan profesional berterusan (continuing professional education).
  • Memantau dan menilai kualiti dan kuantiti latihan/kursus yang dijalankan.

Fungsi 7: Promosi kesihatan dan penglibatan sosial

  • Terlibat dalam merancang dan mengendali kempen atau aktiviti promosi kesihatan di peringkat kebangsaan, negeri atau daerah dalam meningkatkan kapasiti dan kebolehan masyarakat dalam mengurangkan risiko penyakit.
  • Mempromosi perubahan gaya hidup di kalangan kumpulan berisiko tinggi serta melibatkan masyarakat dalam mempromosi perubahan gaya hidup semua peringkat masyarakat.
  • Terlibat dalam jawatankuasa, mesyuarat atau aktiviti bagi menggalakkan kerjasama antara agensi-agensi kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan juga individu-individu tertentu dalam memastikan program promosi kesihatan menjadi lebih efektif.
  • Menyediakan maklumat dan pendidikan kesihatan pada peringkat komuniti melalui teknologi komunikasi dan maklumat (ICT).

Fungsi 8: Memastikan kualiti perkhidmatan kesihatan kepada individu dan masyarakat

  • Mengenalpasti indikator kualiti berdasarkan perkhidmatan kesihatan.
  • Memberikan nasihat/input teknikal serta membantu melaksanakan mekanisme untuk menambahbaik kualiti yang berkaitan.
  • Melaksanakan mekanisme penambahbaikan.
  • Memantau dan menilai aktiviti inisiatif kualiti.

Fungsi 9: Penyelidikan, perkembangan dan pelaksanaan penyelesaian kesihatan awam yang inovatif

  • Melakukan penyelidikan dan seterusnya menerbitkan laporan mengenai masalah kesihatan awam.
  • Terlibat menggalakkan penglibatan kakitangan kesihatan awam dalam penyelidikan pada semua peringkat.
  • Menyebarkan maklumat hasil kajian kepada agensi (kesihatan ataupun bukan kesihatan) melalui pelbagai saluran seperti penulisan dalam jurnal, persembahan dalam mesyuarat, seminar, persidangan dan sebagainya.
  • Menggalakkan kerjasama dan pendekatan bersama antara agensi kesihatan dan organisasi lain untuk tujuan penyelidikan.