Cetak

Promosi Kesihatan

co promosi

UNIT PROMOSI KESIHATAN

Unit Promosi Kesihatan, Pejabat Kesihatan Daerah Klang ditubuhkan pada tahun 2007 dibawah naungan Unit Vektor dan sekarang di bawah Pegawai Kesihatan Daerah Klang. Keperluan untuk mewujudkan Unit Promosi Kesihatan adalah untuk merancang, melaksana, menilai, menyelaras dan mengintegrasikan perkhidmatan, penyebaran maklumat-maklumat kesihatan, promosi dan pendidikan kesihatan kepada masyarakat di dalam program-program kesihatan yang sedia ada. Penubuhan unit ini adalah selaras dengan perkembangan semasa dalam bidang promosi dan pendidikan kesihatan yang berperanan sebagai agen kepada perubahan tingkah laku individu dan masyarakat terhadap kesihatan.

Visi

Unit Promosi Kesihatan akan beroperasi sebagai satu Unit yang memberi perkhidmatan promosi kesihatan yang berfokus kepada perubahan tingkah laku kesihatan yang positif.

Misi

  • Komited untuk memberi perkhidmatan pendidikan kesihatan yang berkesan kepada pesakit, ahli keluarga dan anggota kesihatan ke arah perubahan tingkah laku kesihatan yang positif.
  • Sentiasa berusaha untuk menwujudkan suasana perubahan tingkah laku kesihatan yang positif ke arah peningkatan kualiti hidup yang tinggi.
  • Menyediakan perkhidmatan pendidikan kesihatan yang berkesan dan berkualiti dengan mengembelingkan elemen-elemen ICT.

OBJEKTIF UNIT PROMOSI KESIHATAN

UMUM

  1. Untuk mencapai perubahan sikap dan tingkah laku agar dapat mempertingkatkan kesihatan individu dan masyarakat menerusi usaha-usaha sendiri dan usaha-usaha masyarakat.
  2. Objektif ini adalah selaras dengan definisi promosi kesihatan oleh WHO (1986) yang berbunyi ”the process of enabling people to increase control over, and to improve, their health.”

 KHUSUS

  1. Untuk menggalakkan individu dan masyarakat agar memberi kepentingan terhadap kesihatan dan bertanggungjawab terhadap kesihatan mereka sendiri.
  2. Memberi kesedaran di kalangan masyarakat tentang cara-cara meningkatkan kesihatan mereka serta cara-cara pencegahan penyakit yang disyorkan dan untukmemudahkan penerimaan langkah-langkah tersebut.
  3. Menyedarkan orang ramai tentang perkhidmatan dan kemudahan kesihatan yang sedia ada dan mengalakkan penggunaannya dengan betul.

PIAGAM PELANGGAN

Kami berjanji untuk:

  1. Sentiasa memberi perkhidmatan yang cepat, cekap dan tepat serta mesra kepada pelanggan pada hari-hari bekerja.
  2. Memastikan bahan pendidikan kesihatan (Risalah, Poster dan lain-lain) yang diedarkan dari JKNS diedarkan ke semua klinik-klinik atau Unit berkaitan dalam masa minggu daripada tarikh penerimaan bahan tersebut.
  3. Memastikan semua aktiviti promosi dilaksanakan mengikut jadual yang telah ditetapkan oleh Unit Promosi Kesihatan
  4. Menerbit, mencetak dan mengedar bahan-bahan pendidikan kesihatan mengikut keperluan pelanggan dari masa ke semasa.
  5. Memberi informasi kesihatan yang cepat, tepat dan terkini
  6. Memberi kemahiran yang relevan berdasarkan penyakit yang tertentu ke arah perubahan tingkah laku kesihatan yang positif

Aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh Unit Promosi Kesihatan, Pejabat Kesihatan Daerah klang

  • Merancang, melaksana dan menilai program promosi dan pendidikan kesihatan
  • Membangun, mengeluar, menerbit, mengedar dan menilai bahan-bahan pendidikan dan promosi kesihatan mengikut keperluan semasa
  • Mengendalikan alat-alat promosi dan pendidikan kesihatan
  • Menyelaras, menyokong dan menjalankan aktiviti-aktiviti promosi dan pendidikan kesihatan bersama-sama dengan pusat-pusat kesihatan di Daerah Klang
  • Menjalinkan kerjasama dan integrasi dengan program-program kesihatan di Daerah Klang dalam menjayakan aktiviti-aktiviti promosi dan pendidikan kesihatan
  • Menjalinkan kerjasama dengan agensi-agensi kerajaan yang lain dan swasta serta badan-badan bukan kerajaan dalam mempromosikan kesihatan dan meningkatkan taraf kesihatan individu dan masyarakat di Daerah Klang
  • Menjalankan diagnosis dan kajian ke atas masalah-masalah kesihatan tertentu
  • Melaksanakan program-program Kempen Cara Hidup Sihat, PROSTAR, Doktor Muda serta hari-hari khas kesihatan peringkat daerah

PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN

Waktu Operasi : Isnin sehingga Jumaat Masa : 8.00 pagi sehingga 5.00 petang

  1. Edaran Bahan Pendidikan Kesihatan
  2. Menyelaras permohonan Ceramah Kesihatan dan Pameran Kesihatan
  3. Memberi Ceramah Kesihatan
  4. Mengendalikan Pameran Kesihatan
  5. Menyelia Aktiviti Promosi Kesihatan di Klinik Kesihatan
  6. Menyelaras Combi Daerah Klang bersama unit Vektor