Cetak

Pengurusan

cartapgrsn

BAHAGIAN PENGURUSAN

1. Pengenalan

Bahagian Pengurusan, Pejabat Kesihatan Daerah Klang secara amnya terbahagi kepada enam (6) unit yang menyokong aktiviti-aktiviti pengurusan iaitu:

  • Unit Sumber Manusia
  • Unit Kewangan
  • Unit Pembangunan
  • Unit Hasil
  • Unit Perolehan
  • Unit Pengurusan Aset dan Stor

2. Fungsi

Unit Sumber Manusia

Unit Sumber Manusia bertanggungjawab dalam melaksanakan fungsi-fungsi berikut:

Melaksanakan semua aktiviti memproses, menyemak dan merekod dalam urusan perkhidmatan bagi kakitangan di PKD Klang seperti berikut:

●          Menyedia, menyemak dan merekod Laporan Perubahan (KEW.8) bagi pegawai-pegawai di PKD Klang

●          Memproses serta mengesahkan dokumen bagi tujuan pengesahan lantikan, pengesahan jawatan, pemberian taraf berpencen melalui Sistem E-Pengesahan, Tapisan Keutuhan bagi tujuan naik pangkat

●          Mengurusakan penempatan dalaman dan pertukaran dari PKD Klang

●          Memproses urusan pemangkuan dan kenaikan pangkat

●          Memproses urusan penanggungan kerja

●          Pengurusan HRMIS:-

            ●          SKT dan LNPT

            ●          Pengurusan Cuti

            ●          Pengisytiharan Harta (Urusetia)

            ●          Pengurusan Pencen

●          Pengurusan Cuti -: Cuti Tanpa Gaji, Cuti Separuh Gaji, Cuti Belajar, Cuti Tanpa Gaji

                                           Mengikut Pasangan, Cuti Sakit Lanjutan, Cuti Barah, Tibi dan Kusta,

                                           Cuti Tanpa Rekod

●          Urusetia Panel Pembangunan Sumber Manusia

●          Urusetia Lembaga Tatatertib

●          Menguruskan pengambilan dan pembayaran gaji pekerja sambilan harian

●          Menyediakan Laporan Perjawatan

●          Memproses permohonan lawatan ke luar negara

Unit Kewangan

Unit Kewangan bertanggungjawab dalam melaksanakan fungsi-fungsi berikut:-

  • Merancang dan mengawal semua urusan kewangan jabatan di peringkat daerah
  • Mengurus peruntukan belanja mengurus di peringkat daerah
  • Mengurus baucar-baucar bayaran, sewaan, bil, dan lain-lain dalam tempoh 14 hari tuntutan /bil lengkap diterima
  • Mengurus bayaran gaji dan KWSP
  • Menguruskan tuntutan elaun lebih masa, tuntutan perjalanan dan elaun-elaun yang lain dan mengunci masuk ke dalam sistem espkb dalam tempoh 14 hari selepas tuntutan lengkap diterima.
  • Menguruskan permohonan pinjaman perumahan, pinjaman komputer dan pinjaman kenderaan yang disediakan oleh kerajaan
  • Menguruskan Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Kewangan & Akaun di peringkat jabatan
  • Memastikan pengurusan kewangan dipatuhi diperingkat daerah sebagaimana yang telah ditetapkan di dalam Akta Acara Kewangan  dan lain-lain

Unit Pembangunan

Menyedia, menilai, menyemak dan memajukan senarai permohonan projek-projek pembangunan :

  •  Infrastruktur RMK (5 tahun) ke JKNS
  • permohonan peruntukan bagi projek-projek infrastruktur BP00600 (naiktaraf, ubahsuai dan pembaikan kecil) ke JKNS
  • Permohonan peruntukan bagi projek-projek infrastruktur BP00900 (naiktaraf, ubahsuai dan pembaikan kecil kuarters) ke JKNS

Menghadiri Mesyuarat :-

  • Mesyuarat Jawatankuasa Pembangunan yang dipengerusikan oleh Pengarah Kesihatan Negeri Selangor
  • Mesyuarat Tindakan Pembangunan yang dipengerusikan oleh Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Pengurusan)
  • Mesyuarat Jawatankuasa Pemantauan Tanah dipengerusikan oleh Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Pengurusan).
  • Mesyuarat Penyelaras Jabatan dipengerusikan oleh Pengarah Kesihatan Negeri.
  • Mesyuarat pre-VCM bagi 5 klinik di bawah PSK& VCM peringkat Daerah Klang setiap bulan.

Menghadiri lawatan dan mesyuarat yang dianjurkan bagi tujuanpemantauan :-

  • projek-projek RMKbagi setiap projek RMK-11 Kementerian Kesihatan di Daerah Klang.
  • Projek-projek di bawah peruntukan BP00600, BP00700 dan BP00900.
  • Mesyuarat Problem Solving Committee (PSC) diadakan bagi menyelesaikan isu-isu dan masalah berkaitan projek pembangunan (jika perlu).

Pengurusan Projek Pembangunan dan Pengemaskian senarai tanah :-

  •  Urusetia Mesyuarat Jawatankuasa Penilaian Outcome iaitu penilaian terhadap impak pembangunan sesebuah klinik / kuarters terhadap kawasan dan penduduk sekitar (selepas 5 tahun siap pembinaan)
  •  Mengemaskini senarai tanah PTP dan isu pencerobohan dibawah seliaan KKM/JKNS di daerah.
  •  Menguruskan permohonan tanah-tanah fasiliti kesihatan yang masih belum mempunyai hakmilik

Pemantauan dan pelaksanaan prestasi kewangan dan fizikal bagi :

  • kerja-kerja pembaikan dan naiktaraf untuk klinik-klinik kesihatan, klinik desa dan Klinik 1 Malaysia di Pejabat Kesihatan Daerah.
  •  Klinik-klinik dibawah Perkhidmatan Sokongan Klinik (PSK)

Unit Hasil

Unit Hasil bertanggungjawab dalam melaksanakan fungsi-fungsi berikut:

  • Memungut dan menyelia kutipan hasil dari klinik kesihatan, klinik desa dan klinik 1Malaysia di Daerah Klang
  • Memproses bayaran bagi kompaun rokok/aedes dari orang perseorangan dan syarikat
  • Memproses permohonan sijil kesihatan eksport dan sijil penjualan bebas
  • Menyediakan penyata pemungut untuk hantar kutipan ke bank
  • Menyediakan laporan bulanan hasil untuk hantar ke JKNS dan KKM
  • Menyediakan penyata penyesuaian hasil, penyata penyesuaian akaun amanah dan penyata penyesuaian akaun deposit kuarters untuk hantar ke ANM Selangor

Unit Perolehan

Unit Perolehan Bertanggungjawab dalam melaksanakan fungsi-fungsi berikut:-        

Menyemak dan memproses permohonan sebutharga bagi bekalan/perkhidmatan/kerja-kerja

●          Peralatan Perubatan

●          Peralatan Pejabat

●          Perkhidmatan Kawalan Keselamatan

●          Perkhidmatan Pembersihan

●          Pembelian Kenderaan

Melaksanakan sebutharga dalam sistem e-Perolehan

Unit Pengurusan Aset dan Stor

Unit Pengurusan Aset dan Stor(UPAS) bertanggungajawab dalam melaksanakan fungsi-fungsi berikut:

  1. Unit Aset:
  • Menguruskan semua Aset Alih Kerajaan di bawah kawalan Pejabat Kesihatan Daerah Klang dengan menggunakan (SISTEM PEMANTAUAN PENGURUSAN ASET ) SPPA)
  1. Penerimaan
  2. Pendaftaran
  3. Penggunaan, penyimpanan dan pemeriksaan
  4. Penyelenggaraan
  5. Pelupusan
  6. Kehilangan dan Hapuskira
  • Menguruskan perlantikan Pegawai Pemeriksa, Lembaga Pemeriksa dan Jawatankuasa Penyiasat.
  • Menjadi Urus Setia kepada Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Aset Kerajaan (JKPAK) Pejabat Kesihatan Daerah Klang.
  • Menguruskan Pelupusan aset alih kerajaan.
  • Menguruskan laporan kehilangan dan Hapus Kira.
  • Menyelaras dan menyediakan laporan :
  1. Harta Modal dan Inventori
  2. Pemeriksaan Harta Modal dan Inventori
  3. Pelupusan Aset Alih kerajaan
  4. Tindakan Surcaj/Tatatertib
  • Menguruskan permohonan kelulusan mendapat hadiah atau sumbangan.
  • Menguruskan permohonan pinjaman peralatan ICT, perabot dan sebagai di Bahagian Pengurusan.
  • Menyediakan spesifikasi untuk penyewaan mesin cetak untuk buka sebut harga penyewaan.
  1. Unit Stor:

Menguruskan semua stock di bawah kawalan Pejabat Kesihatan Daerah Klang dengan menggunakan (SISTEM PENGURUSAN STOR ) SPS)

  • Menyediakan spefisikasi untuk sebut harga pembelian stok di stor utama alatulis.
  • Membuat pembelian dan penerimaan barang-barang alat tulis dan bahan-bahan cetak yang digunakan oleh unit-unit di PKD Klang, semua Klinik-klinik Kesihatan dan Klinik Desa di bawah Pentadbiran PKD Klang.
  • Merekod segala resit seperti kupon-kupon ,buku cuti sakit, buku resit 38-pin 2/86, slip ubat dan buku log pemandu ke dalam buku kew.67-pin 1/84.