Cetak

Pembangunan Kesihatan Keluarga

4 Sektor utama:

  • PERKHIDMATAN KERJA SOSIAL PERUBATAN DI KLINIK KESIHATAN
  • UNIT REHABILITASI
  • UNIT PEMAKANAN
  • PASUKAN KESIHATAN SEKOLAH

Perkhidmatan Program Pembangunan Kesihatan Keluarga di beri kepada pelanggan melalui kemudahan-kemudahan kesihatan seperti Klinik Kesihatan, Klinik Kesihatan Ibu dan Anak, Jabatan Pesakit Luar dan Klinik Desa. Di bawah program "Expanded Scope" beberapa program baru telah diperkenalkan dan dijalankan untuk memberi perkhidmatan yang lebih komprehensif dan berkualiti.

OBJEKTIF AM :

Untuk meningkatkan dan mengekalkan kesihatan keluarga dari aspek fizikal, mental dan sosial.

OBJEKTIF KHUSUS :

  • Untuk meningkatkan taraf kesihatan keluarga.
  • Untuk meningkatkan, mengekalkan taraf kesihatan ibu dalam kumpulan umur reproduktif.
  • Untuk meningkatkan, mengekalkan serta nilai pembesaran dan perkembangan kesihatan optima kepada kanak-kanak mulai peringkat bayi hingga tamat persekolahan.
  • Untuk meningkatkan dan mengekalkan taraf kesihatan remaja.
  • Untuk meningkatkan dan mengekalkan taraf kesihatan wargatua.
  • Untuk memberi perkhidmatan awalan kepada semua ahli keluarga dari segi pencegahan, kawalan, rawatan dan rehabilitasi.
  • Untuk memberi perkhidmatan kesihatan mental dalam komuniti.
  • Untuk meningkatkan taraf pemakanan dalam komuniti serta menggalakkan amalan pemakanan yang seimbang.

 


PERKHIDMATAN KERJA SOSIAL PERUBATAN DI KLINIK KESIHATAN

Perkhidmatan Kerja Sosial Perubatan telah diperkenalkan di Hospital-Hospital di Malaysia sejak tahun 1952. Sehingga kini terdapat seramai 243 orang Pegawai Kerja Sosial Perubatan (PKSP) dari pelbagai gred telah ditempatkan di seluruh hospital kerajaan di Malaysia.

Pada tahun 2010, perkhidmatan kerja sosial perubatan telah diperkembangkan di peringkat kesihatan primer iaitu di klinik-klinik kesihatan yang terpilih. Penempatan Pegawai Kerja Sosial Perubatan di klinik kesihatan ini bertujuan untuk memberikan perkhidmatan kepada komuniti dan juga merupakan satu proses untuk menyampaikan perkhidmatan kesihatan yang terbaik bagi rakyat Malaysia.

Di Selangor, seorang pegawai kerja sosial perubatan telah ditempatkan di Pejabat Kesihatan Daerah Klang. Pegawai kerja sosial perubatan melakukan lawatan secara berkala ke klinik kesihatan yang terdapat di daerah Klang untuk memberi perkhidmatan kepada pesakit yang dirujuk oleh pegawai perubatan.

 

OBJEKTIF UTAMA PERKHIDMATAN KERJA SOSIAL DI SETTING KESIHATAN :

a) Memberi perkhidmatan biopsikososial kepada pesakit agar mendapat faedah yang maksima daripada rawatan perubatan dan kesihatan.

b) Membantu mengembalikan fungsi sosial yang maksima dan membolehkan pesakit kembali kepada masyarakat selaras dengan batas keupayaan yang diakibatkan oleh penyakitnya.

PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN

Terdapat dua jenis perkhidmatan utama yang disediakan oleh Unit Kerja Sosial Perubatan iaitu :

a) Bantuan Sokongan Terapi

Melibatkan kaunseling individu/keluarga/kelompok/perkahwinan, intervensi krisis dan kerja komuniti.

Antara kes yang boleh dirujuk untuk bantuan ini ialah penjagaan pesakit kronik, cubaan bunuh diri, perbalahan/keganasan rumahtangga, ibu tanpa nikah, mangsa perkosaan, penganiayaan kanak-kanak, masalah tingkahlaku, kes kurang upaya (cacat),HIV positif/AIDS dan ketagihan dadah/alkohol.

b) Bantuan Praktik

Melibatkan aspek kewangan, pembelian peralatan, Liason dengan agensi kerajaan (GO’s) dan agensi bukan kerajaan (NGO’s).

Antara perkhidmatan yang diberi kepada pesakit yang memerlukan bantuan praktik ialah menyediakan laporan penilaian biopsikososial, membuat perancangan keluar wad, mengurus rujukan pendidikan khas,menguruskan penempatan di institusi, menguruskan penjagaan anak pelihara/anak angkat, mendapatkan tambang balik atau untuk ke hospital rujukan, sokongan pengecualian/pengurangan bil hospital/IJN, mendapatkan alat tiruan/peralatan perubatan dan mendapatkan perbelanjaan pelbagai.

PROSEDUR RUJUKAN PESAKIT KE UNIT KERJA SOSIAL PERUBATAN

Setiap pesakit perlu mendapat rujukan daripada pegawai perubatan di Klinik Kesihatan sekiranya memerlukan perkhidmatan yang disediakan.

Borang rujukan pesakit telah disediakan di setiap klinik kesihatan untuk kemudahan merujuk pesakit sekiranya pegawai perubatan ingin merujuk pesakit yang memerlukan perkhidmatan.

 


UNIT REHABILITASI

VISI

Menjadi sebuah unit yang cemerlang di dalam memberikan perkhidmatan rawatan pemulihan kepada pesakit, kakitangan klinik kesihatan yang mantap di peringkat daerah/komuniti.

Menjadi unit contoh bagi perkhidmatan rehabilitasi khasnya peringkat negeri Selangor amnya seluruh Malaysia

MISI

Unit Rehabilitasi sentiasa berusaha memberikan rawatan pemulihan yang berkualiti dengan kemudahan yang ada secara optima dan selamat

Pengenalan:

  • Perkhidmatan Pemulihan Carakerja (Occupational Therapy) telah memulakan perkhidmatan di Pejabat Kesihatan Daerah, Klang pada 31 Mei 2010 dengan seorang Pegawai Pemulihan Perubatan Carakerja, gred U41 telah bertugas.
  • Jawatan tersebut asalnya ditempatkan di Klinik Kesihatan Bukit Kuda. Di atas faktor tiada bilik untuk program rawatan pemulihan di klinik tersebut, pegawai telah ditempatkan di Klinik Kesihatan Pelabuhan Klang.
  • Di Klinik Kesihatan Pelabuhan Klang, pegawai telah diberikan tempat di Klinik Warga Emas dan Unit Pemulihan Carakerja telah berkongsi ruang dengan Klinik Warga Emas untuk menjalankan perkhidmatan rawatan pemulihan carakerja.
  • Kini Unit Rehabilitasi telah wujud di Klinik Kesihatan Bandar Botanic dan pegawai telah memulakan perkhidmatan Pemulihan Carakerja pada bulan Mei 2011 di Klinik tersebut
  • Pegawai Pemulihan Perubatan Carakerja U41 telah melakukan lawatan di enam Klinik Kesihatan iaitu Klinik Kesihatan Bukit Kuda, Klinik Kesihatan Bandar Botanic, Klinik Kesihatan Meru, Klinik Kesihatan Kapar, Klinik Kesihatan Pandamaran dan Klinik Kesihatan Pelabuhan Klang mengikut jadual yang disediakan

 


UNIT PEMAKANAN

Unit Pemakanan merupakan sebahagian daripada komponen dalam aktiviti perkhidmatan pembangunan kesihatan keluarga.

Objektif Am:

  • Untuk mempromosi makanan dan amalan pemakanan sihat di kalangan masyarakat
  • Mencegah dan mengawal penyakit berkaitan pemakanan melalui makanan dan amalan pemakanan sihat

Objektif Khusus:

  • Untuk menyediakan perkhidmatan pemakanan yang komprehensif bagi mencegah penyakit morbiditi serta meningkat dan mengekalkan kesihatan setiap anggota masyarakat, dengan tumpuan kepada kumpulan berikut:

    • Ibu hamil dan bayi baru lahir
    • Bayi sehingga kanak-kanak pra sekolah
    • Kanak-kanak sekolah dan remaja
    • Wanita dan lelaki dewasa
    • Warga tua
  • Untuk menilai dan memantau taraf pemakanan masyarakat
  • Untuk mempromosi amalan pemakanan yang sihat dan seterusnya menjaga tahap pemakanan dalam masyarakat bagi kehisupan yang lebih sihat dan produktif
  • Mencegah dan mengawal masalah pemakanan yang berkaitan dengan kekurangan dan kelebihan zat makanan

 

Fungsi utama Unit Pemakanan adalah untuk merancang, mambangaun, melaksana dan menilai program pemakanan pada peringkat daerah terutamanya dalam empat aspek iaitu perancangan, pengawasan, pemulihan dan promosi pemakanan.

Aktiviti-aktiviti Pemakanan

 

1. Perancangan

  • Merancang aktiviti pengawasan, pemulihan dan promosi sejajar dengan hala tuju program pemakanan

 

2. Pengawasan

  • Pengawasan Taraf Pemakanan Kanak-kanak
  • Pengawasan Anemia di Kalangan Ibu Hamil
  • Pengawasan Kod Tata Etika Pemasaran Makanan Bayi dan Produk Berkaitan di fasiliti kesihatan kerajaan, fasiliti kesihatan swasta, pusata penjagaan kanak-kanak serta pusat jualan.

3. Pemulihan

  • Program Pemulihan Kanak-kanak Kurang Zat Makanan
  • Program Pencegahan dan Kawalan Anemia
  • Program Makanan Tambahan Susu Tepung Penuh Krim
  • Program Pencegahan dan Kawalan Obesiti di Kalangan Remaja dan Dewasa
  • Perkhidmatan Runding Cara Pemakanan (RCP) di Klinik Kesihatan

 

4. Promosi

  • Promosi Pemakanan bayi dan Kanak-kanak
    • Penyusuan Susu Ibu
    • Makanan Pelengkap
    • Inisiatif Klinik Rakan Bayi (KRB)
    • Tata Etika Pemasaran Makanan Bayi dan Produk Berkaitan
  • Pemakanan Remaja
    • Program Pendidikan Pemakanan di Sekolah.

PASUKAN KESIHATAN SEKOLAH

PENGENALAN

Rancangan Kesihatan Sekolah telah dimulakan sejak tahun 1967 dan merupakan satu rancangan bersepadu di antara Kementerian Kesihatan Malaysia dengan Kementerian Pelajaran Malaysia. Perkhidmatan Kesihatan Sekolah adalah salah satu dari komponen Rancangan Kesihatan Sekolah yang meliputi pelbagai aktiviti. Aktiviti-aktiviti utama Perkhidmatan Kesihatan Sekolah seperti pemeriksaan penilaian tahap kesihatan murid, merawat penyakit ringan, memberi imunisasi, memberi pendidikan kesihatan dan merujuk kes-kes yang bermasalah kepada agensi-agensi tertentu.

Aktiviti Perkhidmatan Kesihatan Sekolah dilaksanakan oleh Pasukan Kesihatan Sekolah yang terdiri daripada pegawai perubatan, penolong pegawai perubatan, jururawat kesihatan umum / terlatih, jururawat masyarakat, pembantu perawatan kesihatan dan pemandu. Di Daerah Klang Pasukan ini berpusat di Klinik Kesihatan Bukit Kuda . Pasukan ini memberi Perkhidmatan ke semua sekolah di bawah Pejabat Daerah Klang dan JAIS dan beberapa buah sekolah Swasta ( diatas permintaan).

OBJEKTIF UMUM
Memberi perkhidmatan kesihatan kepada murid-murid pra sekolah, sekolah rendah dan sekolah menengah bagi menggalakkan penjagaan kesihatan.

OBJEKTIF KHUSUS

 

  • Membina kesedaran dan kefahaman pada murid-murid sekolah mengenai taraf kesihatan diri sendiri.
  • Mengesan tanda-tanda awal masalah kesihatan dan merawat atau merujuk kepada pihak berkenaan untuk rawatan atau tindakan lanjut.
  • Mencegah dan mengawal penyakit-penyakit berjangkit.
  • Menjalankan tindakan susulan terhadap murid-murid yang memerlukan rawatan kesihatan dan penjagaan khas.

FUNGSI

Fungsi Pasukan Kesihatan Sekolah adalah seperti berikut:

  • Memeriksa dan menilai status kesihatan murid secara holistik mengikut garispanduan yang ditetapkan.
  • Memberi imunisasi kepada murid mengikut jadual imunisasi yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.
  • Menjalankan aktiviti-aktiviti promosi kesihatan seperti ceramah kesihatan, kuiz, pameran, pertunjukan slaid, kempen kesihatan, dialog, demonstrasi dan lain-lain.
  • Memberi rawatan dan khidmat nasihat kepada murid yang memerlukan.
  • Merujuk murid yang mempunyai masalah kesihatan kepada agensi-agensi yang tertentu serta menjalankan jagaan tindaksusul sekiranya perlu.
  • Menguruskan rekod dan reten bulanan / tahunan mengikut garispanduan yang ditetapkan.
  • Menganalisa dan memantau liputan imunisasi dan kejadian Adverse Effect Following Immunisation (AEFI).
  • Menganalisa kejadian mobiditi di dalam kawasan operasi.
  • Merancang dan melaksanakan aktiviti-aktiviti yang bersesuaian mengikut pelan tindakan peringkat daerah/negeri/kebangsaan.
  • Memberi latihan mengenai peranan Guru dalam Perkhidmatan Kesihatan Sekolah.

Aktiviti Tahun 2011