Cetak

Vektor

UNIT KAWALAN PENYAKIT BAWAAN VEKTOR

OBJEKTIF AM

Mengurangkan kadar kejadian (mobiditi) dan kadar kematian (mortaliti) penyakit bawaan vektor khususnya Demam Denggi, Malaria, Filaria dan lain-lain penyakit bawaan vektor yang dinotifikasikan kepada Pejabat Kesihatan Daerah Klang.

OBJEKTIF KHUSUS

Mengurangkan insiden penyakit-penyakit bawaan vektor.

Merancang, menjalankan dan membuat penilaian aktiviti Kawalan dan Pencegahan Kawalan Penyakit Bawaan Vektor.

Memastikan langkah pencegahan dan Kawalan Penyakit Bawaan Vektor dibuat dengan sempurna untuk mencapai satu tahap kebersihan yang akan membasmi pembiakan vektor denggi.

Memastikan siasatan kes Demam Denggi disiasat dalam masa 24 jam selepas dilaporkan.

Menjalankan aktiviti promosi kesihatan dan program mobilisasi masyarakat(COMBI).

Merealisasikan program Eliminasi Malaria Kebangsaan 2015.

Menyelaras semua aktiviti penguatkuasaan dan memperkukuhkan penguatkuasaan Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975 pindaan 2000.

AKTIVITI DAN TANGGUNGJAWAB


1. Aktiviti Kawalan Vektor(Kawalan Denggi)

a) Menjalankan Kerja-kerja Pemeriksaan Pembiakan Aedes (PPA)

b) Menjalankan Kerja-kerja Semburan Kabus

c) Pencegahan menerusi semburan kabus dan pemusnahan larva (larviciding)

d) Menjalankan Sentinel ovitrap

e) Mengadakan Latihan pada anggota.


2. Aktiviti Kawalan Penyakit Malaria Dan Chikugunnya

  • Tumpuan aktiviti kawalan di kawasan tapak pembinaan yang mana terdapat pekerja asing yang membawa parasit malaria.

3. Penyiasatan Kes Dan Surveilan

a) Memperkukuhkan “ Networking” PKD dengan Klinik & Hospital Swasta serta Hospital Kerajaan

b) Mempertingkatkan aktiviti siasatan kes Demam Denggi

c) Penekanan kepada pemeriksanaan ’search & destroy’ untuk kes denggi yang dinotifikasi

d) Penekanan kepada aktiviti Active Case Detection untuk kes yang dinotifikasi

e) Penekanan kepada aktiviti pemeriksaan ”search & destroy” disemua tempat tumpuan orang ramai

f) Mengadakan sessi taklimat kepada pemilik premis dan kontraktor yang melakukan kerja – kerja pembersihan dan perbandaran


4. ‘Risk Communication’ & Mobilisasi Masyarakat

a) Kajian ’QAP’ dan ’behavior change’ di lokaliti wabak denggi.

b) Perwujudan jawatankuasa ‘Combi’ di lokaliti wabak denggi.

c) Melaksanakan aktiviti gotong-royong di kawasan wabak denggi.

d) Perlaksanaan dan evaluasi program Bebas Denggi di semua institusi pendidikan

e) Penubuhan skuad ’anti-denggi’ di tempat kerja agensi kerajaan & swasta

f) Menganjurkan taklimat Denggi di syarikat- syarikat yang menggunakan pekerja asing

g) Menganjurkan taklimat Denggi di kilang-kilang yang didaftarkan

h) Mengadakan taklimat, perkongsian maklumat dan pengedaran bahan pendidkan kesihatan di tempat ibadat.


5. Penguatkuasaan

  • Mengeluarkan kompaun kepada pemilik premis yang dijumpai vektor pembawa penyakit mengikut Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakitr 1975 pindaan 2000.