Cetak

Unit Penguatkuasaan dan Perundangan

UNIT PENGUATKUASAAN DAN PERUNDANGAN (UPP)

OBJEKTIF

Unit Penyiasatan dan Pendakwaan akan mengambil tindakan ke atas semua perlanggaran di bawah Akta Makanan 1983 dan Peraturan Makanan 1985, Akta Permusnahan Serangga Pembawa penyakit 1975 dan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.

AKTIVITI

1) Menyediakan fail siasatan terhadap semua kesalahan yang dilakukan di bawah Akta Makanan, APSPP, CDC Act,

Peraturan peraturan Kawalan Hasil tembakau (Pindaan 2004) dan lain-lain yang berkenaan.

2) Mendaftarkan fail siasatan yang dibuka ke Unit Inspektorat dan Perundangan Negeri untuk semakan dan

mendapatkan izin Timbalan Pendakwa Raya untuk Pendakwaan.

3) Mendaftarkan fail siasatan yang telah mendapat izin pendakwaan daripada Timbalan Pendakwa Raya ke Mahkamah.

4) Menyelia penyerahan saman yang dikeluarkan oleh mahkamah kepada Orang Kena Saman (OKS).

5) Mengumpul reten dan data penguatkuasaan semua unit yang melibatkan penguatkuasaan dan perundangan.

6) Merancang,menyelaras dan menjalankan operasi peringkat daerah.

7) Sebutan dan pendakwaan kes di mahkamah.

8) Senarai undang-undang / peraturan-peraturan yang di guna pakai

a) Akta Makanan 1983 dan Peraturan Makanan 1985.

b) Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975 dan pindaan (2000)

c) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988

d) Peraturan-peraturan kawalan Hasil Tembakau 2004

e) Garis Panduan di bawah Akta makanan 1983.

f) Garis Panduan Penguatkuasaan di bawah Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit (APSPP 1975)

g) Garis Panduan Penyediaan Afidavit Saman Yang Gagal di Serahkan.