Cetak

KPAS

UNIT KESIHATAN PEKERJAAN DAN ALAM SEKITAR (KPAS)

OBJEKTIF

1) Untuk mengekalkan persekitaran, proses dan amalan pekerjaan yang sihat, selamat dan mencegah masalah kesihatan

yang mungkin berlaku akibat pekerjaan atau persekitarannya.

2) Untuk meningkatkan pengentahuan dan kesedaran mengenai kesihatan dan keselamatan pekerjaaan di kalangan

majikan, pelanggan dan pekerja.

3) Melatih anggota kesihatan daerah tentang kepentingan Kesihatan Pekerjaan dan Alam Sekitar.


AKTIVITI

a) Pemeriksaan kakitangan kesihatan yang berumur 40 tahun ke atas.

b) Menjalani aktiviti Audit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan di tempat kerja.

c) Mengawasi dan melaksanakan Healthy Setting Klinik Sejahtera.

d) Pembentukkan Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan serta menjalankan Mesyuarat JKKP 4 kali setahun.

e) Menerima notifikasi dan pemantauan penyakit pekerjaan.

f) Menerima notifikasi Needle Stick Injury dan membuat siasatan.

g) Menjalankan promosi keselamatan dan kesihatan di tempat kerja termasuk menjalankan kursus dan latihan dan

menyediakan bahan-bahan pendidikan kesihatan yang berkaitan.

h) Menjalankan `Medical Survelans` dan memantau anggota Unit Vektor menggunakan alat perlindungan diri semasa

melakukan semburan bagi pencegahan dan kawalan wabak denggi.

i) Memeriksa Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN).

j) Membantu menyelaras aktiviti-aktiviti semasa kejadian bencana alam (jerebu, banjir, kebakaran dan lain-lain.)