Cetak

UKMM (EKSPORT)

UNIT KESELAMATAN DAN KUALITI MAKANAN (UKMM)

UNIT KESELAMATAN DAN KUALITI MAKANAN (EKSPORT)

OBJEKTIF

Pemastian pengeluaran makanan yang dihasilkan mematuhi standard piawai dan selamat oleh pengguna dan penetapan penilaian kebersihan ke atas premis makanan berpandukan Akta Makanan 1983 dan Peraturan-peraturan Makanan 1985 (Pindaan 2004) serta keperluan standard piawaian bagi tujuan pengeksportan.

AKTIVITI

1) Menjalankan pemeriksaan konsaimen dan pengambilan sampel bagi semua produk makanan untuk di eksport pada setiap

permohonan.

2) Menjalankan pemeriksaan premis pengeluaran makanan untuk di eksport.

3) Pemeriksaan pada produk dan konsaimen makanan bagi kilang yang memiliki Sijil HACCP yang dikeluarkan oleh Kementerian

Kesihatan Malaysia.

4) Pengeluaran Sijil Kesihatan bagi tujuan pengeksportan makanan ke luar Negara.


Cetak

UKMM (DOMESTIK)

UNIT KESELAMATAN DAN KUALITI MAKANAN (UKMM)

KESELAMATAN DAN KUALITI MAKANAN (DOMESTIK)

OBJEKTIF

Memastikan makanan dan minuman adalah selamat dan mematuhi

piawaian yang telah ditetapkan didalam akta makanan 1983 dan peraturan-

peraturan makanan 1985 (Pindaan 2004)

1) Memastikan makanan yang dijual dalam negara mematuhi piawaian yang ditetapkan dan diperolehi oleh pengguna dalam

keadaan yang bebas dari kontaminasi, penyingkiran atau penambahan atau tidak diperlukan.

2) Memastikan dan meningkatkan taraf kebersihan makanan serta sanitasi premis makanan diseluruh negara.

3) Memastikan pengendali makanan mengamalkan tabiat dan tatacara pengendalain makanan yang sanitasi.

4) Menggalakkan cara-cara penyediaan dan pemprosesan makanan yang sanitasi di seluruh negara.

5) Memastikan makanan yang dieksport mematuhi piawaian kebersihan dan sanitasi yang spesifik dan melindungi serta

menggalakkan industry makanan yang berkembang sehingga ke luar negara.

6) Memastikan makanan yang diimport mematuhi kehendak makanan Akta Makanan 1983 dan Peraturan – Peraturan Makanan

1985.

7) Memastikan iklan-iklan makanan dan pelabelan tidak mengelirukan para pengguna.

AKTIVITI

1) Menjalankan pemeriksaan keatas mana-mana premis makanan mengikut kualiti yang telah ditetapkan dalam pelan tindakan.

a) Menjalankan operasi penutupan premis makanan hasil pemeriksaan di bawah dimerit penutupan.

b) Membuat persampelan makanan di mana-mana premis makanan mengikut kuantiti seperti dalam pelan tindakan.

c) Menjalankan operasi rampasan makanan / lak / sita.

2) Memantau dan merancang perlaksanaan Program KENDIRI di sekolah