Cetak

Kawalan Penyakit Berjangkit

Unit Kawalan Penyakit Berjangkit

Misi Jabatan

Melaksanakan program-program pemantaun,pencegahan dan kawalan penyakit berjangkit dengan penuh teliti,menyeluruh,bersepadu dan berkesan dengan melibatkan penglibatan sama masyarakat,agensi-agensi kerajaan dan swasta serta badan bukan kerajaan.

Visi Jabatan

Ke arah mendidik dan melahirkan individu, keluaraga dan masyarakat Negeri Selangor sihat sejahtera bagi menikmati kehidupan yang berkualiti.

Objektif Unit

Objektif Umum

Adalah untuk memutuskan semua tali jangkitan penyakit-penyakit yang berjangkit samaada melalui makanan/minuman, udara, sentuhan dan sebagainya secara menyeluruh dengan menjalankan penyiasatan serta pengesanan punca jangkitan dan seterusnya mengambil langkah-langkah pencegahan dan tindakan perlu bagi mengawal dari merebaknya kejadian penyakit tersebut supaya tidak menimbulkan masalah kesihatan umum.

Objektif Khas

  • Untuk mengurangkan ‘endimity’ (kejadian) kes penyakit berjangkit ke suatu tahap paling minima.
  • Mengurangkan kekerapan dan jangkamasa wabak kes penyakit.
  • Meningkatkan pengetahuan masyarakat mengenai kejadian sesuatu penyakit berjangkit dan bagaimana cara-cara untuk mencegahnya melalui program pendidikan kesihatan.

Strategi Program

  • Mengukuhkan system pengawasan kes penyakit berjangkit yang ada sekarang.
  • Mewujudkan teknik pengawalan dan pencegahan yang sesuai.
  • Menentukan integrasi yang lebih berkesan di dalam pengawalan penyakit berjangkit di kalangan perkhidmatan kesihatan.
  • Mengenal pasti dan menggunakan teknologi pengawalan baru.

Aktiviti Unit

Pemantaun Penyakit Berjangkit

  • Melalui notifikasi kejadian penyakit berjangkit yang di wajibkan oleh Akta Pengawalan dan Pencegahan Penyakit Berjangkit 1988.
  • Melalui notofikasi secara sindromik (notifikasi berdasarkan prsentasi klinikal)
  • Acute Neurological Syndrome
  • Acute Dermatological Diarheal Syndrome
  • Acute Haermorrhagic Fever Syndrome
  • Acute Dermatological Syndrome
  • Acute Jaundice Syndrome
  • Acute Respiratory Syndrome
  • ‘Event Based’ survelan

Kawalan dan siasatan penyakit berjangkit dan wabak:

  • Penyakit Bawaan Air Dan Makanan (Food Waterbond Desease)
  • Penyakit akibat Imunisasi (Immunisasion Deseases)
  • Lain-lain penyakit yang berkaitan

Pencegahan Penyakit Berjangkit

  • Semburan Lysol di premis yang disyaki sebagai punca perebakan penyakit berjangkit
  • Aktiviti promosi kesihatan
  • Pameran
  • Ceramah
  • Pemasangan banner
  • Edaran risalah
  • Pamplet
  • Hebahan dan sebagainya