Cetak

Bakas

UNIT KEBERSIHAN ALAM SEKELILING (BAKAS)

OBJEKTIF

Untuk meningkatkan taraf kesihatan penduduk luar Bandar menerusi kesihatan alam sekeliling yang sempurna.

  1. Mengurangkan kejadian penyakit-penyakit berjangkit dengan mewujudkan keadaan alam sekitar yang sempurna.
  2. Mendapatkan penyertaan masyarakat bagi membaiki alam sekitar di rumah penduduk.
  3. mendidik masyarakat menggunakan kemudahan kebersihan yang telah disediakan.
  4. Memastikan penggunaan tandas curah di setiap rumah yang tiada mempunyai sistem pembentungan yang sempurna.
  5. Memastikan bekalan air yang cukup dan selamat bagi penduduk yang tidak mendapt bekalan air bersih SYABAS melalui :

a) Perigi yang terkawal dengan pam tangan untuk setiap 5-15 rumah atau,

b) Perigi terkawal dengan pam tangan serta sambungan paip (5 rumah) atau,

c) Bekalan air masyarakat yang sesuai mengikut kawasan atau,

d) Mendapat bekalan air dari SYABAS

6. Menentukan setiap rumah mempunyai Sistem Pembentungan Air Limbah dan Sistem Pembuangan Sampah yang teratur dan selamat supaya vektor pembawa penyakit tidak dapat membiak.


AKTIVITI

1) Bekalan Air dan Kawalan Mutu Air

2) Pembinaan dan Penggunaan Tandas Curah

3) Sistem Pembuangan Air Limbah yang sempurna

4) Sistem Pembuangan Sampah Sarap yang sempurna

5) Aktiviti 200 meter persegi Zon Bebas Nyamuk bagi Fasiliti Kesihatan

6) Aktiviti Bebas Lipas di Fasiliti Kesihatan

7) Pemeriksaan Tempat Pelupusan Sisa Pepejal

8) Penyelanggaran kebersihan Fasiliti kesihatan

9) Aktiviti Pendidikan Kesihatan